Kehidupan, perniagaan dan
segala yang di antaranya
Kami Sedia Membantu
PERKHIDMATAN KAMI
Di mana jua dan bila-bila masa
diperlukan, kami sedia melindungi anda.
Perkhidmatan untuk Individu
Daripada penyelesaian kewangan harian yang penting hingga perancangan pewarisan harta yang menyeluruh, pasukan kami memiliki kepakaran dan sumber yang diperlukan untuk merangka strategi yang disesuaikan dengan matlamat serta peringkat kehidupan anda. Tidak kira di mana anda berada dalam perjalanan kewangan anda, kami sentiasa bersedia menyokong anda – dengan nasihat yang praktikal, diperibadikan dan berpandangan jauh.
Tidak pernah terlalu awal untuk memulakan perancangan harta pusaka anda.
*Perkhidmatan perancangan harta pusaka dan/atau penulisan wasiat disediakan melalui PFP Legacy Sdn. Bhd.
Oleh kerana tiada siapa yang dapat meramal masa depan, masa terbaik untuk mengatur pelan insurans hayat anda adalah sekarang – pada saat ini.
Dalam dunia yang sentiasa berubah dan penuh ketidaktentuan, berilah diri anda ketenangan fikiran dengan melindungi diri serta aset anda daripada perkara yang tidak dijangka.
Perkhidmatan untuk Perniagaan
Sama ada anda mengendalikan syarikat korporat, perniagaan keluarga yang telah lama bertapak atau syarikat baharu yang sedang berkembang, pasukan berpengalaman kami sedia membantu dengan pelbagai penyelesaian bagi memastikan peralihan yang lancar serta kelangsungan operasi.
Pekerja merupakan antara aset yang paling bernilai bagi sesebuah organisasi, dan penglibatan serta pengekalan bakat yang berkesan dapat memacu organisasi ke hadapan.
Setiap organisasi boleh meraih manfaat besar daripada pelan pewarisan perniagaan yang dirancang dengan teliti.
Hubungi Pakar Kekayaan kami hari ini