Dasar Privasi
Komitmen Kami
Di PFPFA (Malaysia) Sdn. Bhd., Kami menghargai privasi anda dan komited untuk mengekalkan kerahsiaan segala maklumat peribadi anda yang diberikan melalui laman web ini.
Kualiti Data
Selaras dengan Akta Syarikat 2016, garis panduan dan amalan yang dikeluarkan oleh Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) serta Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, garis panduan dan dokumen dasar berkaitan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Bank Negara Malaysia (BNM), kami dikehendaki mengumpul maklumat yang
mencukupi bagi memastikan nasihat yang sesuai dapat diberikan berhubung dengan cadangan kepada pelanggan kami.
Sekiranya anda memilih untuk tidak memberikan maklumat peribadi tersebut, anda mungkin terdedah kepada risiko yang lebih tinggi berkaitan dengan cadangan yang diberikan, dan perkara ini boleh menjejaskan ketepatan atau kesesuaian nasihat yang disampaikan
kepada anda.
Keselamatan Data
Kami berusaha mengambil langkah yang munasabah untuk melindungi maklumat yang disimpan daripada disalah guna,
hilang, dan daripada capaian, pengubahsuaian atau pendedahan tanpa kebenaran. Kami tidak akan menyimpan sebarang maklumat anda lebih lama daripada yang diperlukan, kecuali bagi
memenuhi keperluan undang-undang.
Keterbukaan
- Kami mungkin menggunakan dan mendedahkan maklumat peribadi bagi tujuan ia diberikan, atau bagi tujuan sekunder dalam keadaan yang mana anda secara munasabah menjangkakan penggunaan atau pendedahan tersebut.
- Kami juga mungkin mendedahkan maklumat peribadi kepada pihak ketiga atau kontraktor luar yang melaksanakan fungsi dan tanggungjawab bagi pihak PFPFA (Malaysia) Sdn. Bhd. Sebagai syarat dalam perjanjian kami dengan setiap kontraktor luar, mereka dikehendaki untuk menerima pakai dan mematuhi dasar privasi ini.
- Maklumat yang kami kumpulkan daripada anda juga mungkin didedahkan kepada pihak ketiga sekiranya pendedahan tersebut dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang, atau menurut arahan Bank Negara Malaysia (BNM).
- Sekiranya kami bercadang untuk menjual perniagaan kami, maklumat peribadi anda mungkin didedahkan kepada bakal pembeli bagi tujuan menjalankan siasatan usaha wajar. Sebarang pendedahan sedemikian akan dibuat secara sulit, dan syarat bahawa maklumat peribadi tidak akan digunakan atau didedahkan oleh pihak berkenaan akan ditetapkan. Sekiranya penjualan perniagaan kami dimuktamadkan, maklumat peribadi anda mungkin dipindahkan kepada pembeli perniagaan tersebut. Sebagai pelanggan, anda akan dimaklumkan tentang sebarang pemindahan sedemikian.
Maklumat Pengenalan Diri
Dalam keadaan tertentu, kami dikehendaki mengumpul maklumat pengenalan peribadi yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan, contohnya nombor MyKad anda. Kami tidak akan menggunakan atau mendedahkan
maklumat ini kecuali apabila dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang atau apabila anda telah memberikan
kebenaran.
Ketanpanamaan
Anda boleh berurusan dengan kami tanpa mendedahkan identiti anda sekiranya ia dibenarkan oleh undang-undang serta praktikal dan munasabah untuk berbuat
demikian.
Maklumat Sensitif
Kami tidak akan mengumpul maklumat sensitif tentang anda tanpa kebenaran anda. Pengecualian terhadap prinsip ini termasuk apabila maklumat tersebut dikehendaki oleh undang-undang, atau
bagi tujuan penubuhan, pelaksanaan atau
pembelaan tuntutan undang-undang.