Pendedahan Salah Laku
Di PFPFA, kami menjunjung tinggi prinsip integriti, ketelusan dan pematuhan sepenuhnya terhadap semua undang- undang serta peraturan yang berkuat kuasa. Kami komited untuk menyediakan saluran yang selamat dan sulit bagi individu atau organisasi untuk menyuarakan kebimbangan serta melaporkan sebarang salah laku atau tingkah laku tidak beretika yang disyaki.
Semua pekerja, rakan sekutu serta pihak luar termasuk pelanggan, pembekal, rakan perniagaan dan pihak berkepentingan lain digalakkan untuk mengemukakan sebarang kebimbangan berhubung salah laku atau perbuatan tidak beretika yang dipercayai telah berlaku, sedang berlaku atau mungkin berlaku pada masa hadapan.
Perkara yang Boleh Dilaporkan melalui Saluran Pendedahan Salah Laku PFPFA
Kami komited dalam menyediakan nasihat dan perkhidmatan kewangan yang berkualiti serta beretika secara profesional dan adil.
Tingkah laku atau perbuatan tidak beretika merangkumi, tetapi tidak terhad kepada, perkara berikut:
- Pelanggaran Undang-Undang, Statut, Peraturan atau Dasar Syarikat: Sebarang tindakan yang melanggar undang-undang dan peraturan tempatan, negara atau antarabangsa, atau dasar
dalaman syarikat. - Pelanggaran Kod Etika atau Tanggungjawab Fidusiari: Sebarang tindakan yang bertentangan dengan kod etika syarikat atau yang melanggar tanggungjawab fidusiari.
- Konflik Kepentingan:
Situasi yang mana kepentingan peribadi bercanggah dengan tanggungjawab
profesional. - Gangguan atau Diskriminasi: Sebarang bentuk gangguan atau diskriminasi berdasarkan bangsa, jantina, umur, agama atau ciri-ciri lain yang dilindungi oleh undang-undang.
- Perbuatan Penipuan, Rasuah, Salah Guna Kuasa, Kecurian atau Pengubahan Wang Haram: Penglibatan dalam aktiviti penipuan, rasuah, salah guna kuasa, kecurian atau pengubahan wang haram.
- Pelanggaran terhadap Kesihatan, Keselamatan atau Alam Sekitar: Tindakan yang menyalahi undang-undang atau peraturan berkaitan kesihatan, keselamatan atau perlindungan alam sekitar.
- Penyalahgunaan Sumber: Syarikat Termasuk penggunaan aset syarikat untuk keuntungan peribadi atau bagi tujuan yang tidak dibenarkan.
- Perdagangan Orang Dalam: Urus niaga saham atau sekuriti syarikat berdasarkan maklumat dalaman yang belum didedahkan kepada umum.
- Pelanggaran Privasi Data: Capaian, penggunaan atau pendedahan maklumat peribadi atau sensitif tanpa kebenaran.
Saluran Pelaporan
Laporan dan pertanyaan berkaitan boleh dikemukakan melalui e-mel kepada whistleblow@pfpgroup.sg
Maklumat yang Perlu Diberikan
Bagi memastikan perlaksanaan siasatan yang lebih berkesan, sila sertakan maklumat yang secukupnya seperti berikut:
- Jenis insiden (contohnya: penipuan, gangguan, pelanggaran peraturan)
- Nama individu atau organisasi yang terlibat dalam insiden tersebut
- Perincian insiden, termasuk tarikh, masa dan lokasi kejadian
- Nama saksi, jika ada
- Maklumat lain yang berkaitan bagi menyokong laporan anda
- Dokumen sokongan, jika ada
Kerahsiaan
PFPFA komited sepenuhnya untuk melindungi kerahsiaan semua laporan serta menjaga identiti pemberi maklumat. Kami dengan tegas melarang sebarang bentuk tindakan balas terhadap individu yang membuat laporan dengan niat baik.
Kami menggalakkan pemberi maklumat untuk menyertakan nama dan butiran hubungan bagi memudahkan proses
siasatan. Walaupun laporan tanpa nama akan diterima, sila ambil maklum bahawa keupayaan kami untuk menjalankan siasatan yang menyeluruh mungkin terhad sekiranya kami tidak dapat menghubungi pemberi maklumat bagi mendapatkan maklumat tambahan. Laporan tanpa nama hanya akan disiasat sekiranya disertakan dengan maklumat fakta dan bukti sokongan yang mencukupi.
Semua laporan akan dikendalikan dengan tahap kerahsiaan yang tertinggi serta disiasat secara adil dan wajar.