Komitmen Terhadap Layanan Adil
Di PFPFA (Malaysia) Sdn. Bhd. (“PFPFA”), perhatian kami sentiasa tertumpu pada anda – pelanggan sedia ada dan bakal pelanggan yang kami hargai.
Kami komited dalam menyediakan nasihat dan perkhidmatan kewangan yang berkualiti serta beretika secara profesional dan adil.
Lembaga Pengarah dan Pengurusan Kanan PFPFA beriltizam untuk memperjuangkan serta melaksanakan amalan urus niaga adil seperti berikut:
- Pengarah dan Pengurusan Kanan kami berperanan aktif dalam menggalakkan budaya layanan adil di seluruh PFPFA;
- Produk dan perkhidmatan yang disyorkan oleh PFPFA dipilih, disemak dan disahkan oleh PFPFA (Malaysia) Sdn. Bhd. agar sesuai dengan keperluan, objektif kewangan dan keadaan anda;
- Penasihat kami sentiasa dilatih untuk kekal kompeten dalam memberikan nasihat yang kukuh dan cadangan yang berkualiti;
- Maklumat dan kemas kini relevan disampaikan dengan jelas dan tepat pada masanya bagi membantu anda membuat
keputusan kewangan yang termaklum; - Setiap pelanggan akan dinilai tahap pengetahuannya dalam bidang pelaburan. Sekiranya pelanggan memerlukan bantuan lanjut, kami akan menyediakan alat untuk meningkatkan kecekapan mereka. Sementara itu, sekiranya pelanggan ingin melabur, kami akan melaksanakan langkah perlindungan tambahan untuk memastikan pelaburan
tersebut memenuhi keperluan mereka; dan - Kami komited untuk membina hubungan jangka panjang dengan pelanggan melalui perkhidmatan yang cemerlang serta keprihatinan terhadap keperluan dan kebimbangan mereka.
- Menjamin penyelesaian aduan pelanggan secara adil dan berkesan merupakan keutamaan kami.
Fokus utama kami tertumpu pada amalan yang adil dan profesional. Kami mengalu- alukan maklum balas anda kerana kami percaya ia dapat membantu kami menambah baik amalan kami demi manfaat semua pelanggan.
Penafian
Pernyataan di atas menggambarkan komitmen PFPFA dalam memastikan amalan urus niaga yang adil kepada semua pelanggan. Ia tidak boleh ditafsirkan sebagai pengakuan terhadap sebarang liabiliti atau kerugian.
Proses Penyelesaian
Kami komited untuk membina hubungan jangka panjang dengan pelanggan melalui perkhidmatan yang cemerlang serta keprihatinan terhadap keperluan dan kebimbangan mereka. Pasukan penyelesaian aduan kami sentiasa bersedia untuk membantu dan boleh dihubungi di hello@pfpfamy.com