Di mana jua dan bila-bila masa diperlukan,
kami sentiasa di sisi anda
Perkhidmatan untuk Individu
Daripada penyelesaian kewangan harian yang penting hingga kepada perancangan harta pusaka yang menyeluruh, pasukan kami memiliki kepakaran dan sumber yang diperlukan untuk merangka strategi yang disesuaikan mengikut matlamat serta tahap kehidupan anda.
Tidak kira di mana anda berada dalam perjalanan kewangan anda, kami sentiasa bersedia menyokong anda – dengan nasihat yang praktikal, diperibadikan dan berpandangan jauh.
Perancangan Harta Pusaka*
Tidak ada masa yang lebih baik daripada sekarang untuk merancang harta pusaka anda. Dengan pelan yang dirangka dengan teliti serta dilaksanakan oleh profesional yang berpengalaman, anda
dapat memastikan insan tersayang dijaga mengikut hasrat anda, di samping menjamin legasi anda terus diwarisi daripada satu generasi kepada generasi seterusnya.
*Perkhidmatan perancangan harta pusaka dan/atau penulisan wasiat disediakan melalui PFP Legacy Sdn. Bhd.
Penyelesaian Insurans Hayat
Oleh kerana tiada siapa yang dapat meramal masa depan, masa terbaik untuk mengatur pelan insurans hayat anda adalah sekarang – pada saat ini. Jika anda mempunyai insan tersayang yang bergantung pada anda dari segi kewangan, pelan yang kukuh bagi melindungi mereka bertambah penting untuk anda.
Penyelesaian Insurans Am
Dalam dunia yang sentiasa berubah dan penuh dengan ketidaktentuan, berilah diri anda ketenangan fikiran dengan melindungi diri serta aset anda daripada perkara yang tidak dijangka.